CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 28, 2009

Pindah ofis baru....

Aku ni tak tau apa yang aku rasa sebenarnya..aku suka ke tak dengan tempat baru ni...no komen. Ikut je lah..dah kita nak keja kan..bising-bisingpun tak guna...

Cuma aku harap kat tempat baru ni takde masalah yang timbul..aku doakan agar keputusan pindah ke tempat tersebut adalah keputusan yang tepat dan semoga company aku lebih sukses lagi dari sebelumnya...amin.

Lamanya aku tak update blog ni...

Sunyi rasanya rumah ni sebab tuan rumah busy sokmo...he3. Tak tau nak crite camana tapi awal tahun ni bermacam-macam dugaan menimpa...hmmm. Moga aku mendapat kekuatan disebalik dugaan tersebut.

Tuesday, December 23, 2008

14 - 18 Disember 2008

Selama 5hari 4malam aku kena gi seminar keusahawanan..tengok tajuk seminar aku harap tak membosankan aku. Overall memang best, ada gak part-part yang mem'boring'kan tapi aku ni kan kalo dah boring ada je lah orang yang kena kaco..he3. Faham-faham sendiri ler sape orang tu..aku tak boleh rasa boring sebab aku rasa nak tido je...zzzzzzzzzzzzz. So jalan terbaik ber'sms' ler apalagi.

Bila agaknya aku ni jadi usahawan ya..semangat berkobar-kobar usaha tak jugak, macamana tu? Lu pikir la sendiri bak kata Nabil...apakah aku ni jadi Mat Jenin je..berangan manjang..

Friday, December 5, 2008

Sahabat...

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

Friday, November 14, 2008

Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-Ayat Cinta...

Ni tajuk novel yang akan aku cari selepas ini..tapikan yang satu tu tak boleh beli lah sebab...hehehe..dah ada yang janji nak bagi...siapakah orang itu...takpe aku cari yang satu lagi tu lah..sayang sangat kat orang yang nak bagi buku tu...

Apa yang aku mahu sebenarnya...

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang tahu mensyukuri nikmat dan rahmatMu Ya Allah..apa sebenarnya yang aku mahu? Sudah bersediakah aku untuk mati jika Allah menjemputku menemuiNya..terlalu banyak kekurangan dalam diri ini...mampukah aku Ya Allah, menjadi isteri yang solehah buat suamiku, mendidik anak-anakku sebagai anak yang Soleh & Solehah...saudara yang baik buat saudara-saudaraku...teman yang baik buat teman-temanku...

Mampukah aku menghilangkan rasa kufur nikmat dalam diri ini...
Ya Allah..kepadaMu kupanjatkan doa dan syukur atas nikmat yang tak terhitung banyaknya..namun mengapa masih ada rasa kufur nikmat dalam diri ini..apa yang aku mahu sebenarnya? Ya Allah jauhkan aku dari segala sifat-sifat keji Ya Allah..bersihkan lah jiwa ini Ya Allah..aku amat takut dengan siksaMu Ya Allah..buangkan jauh-jauh penyakit hati dalam diri ini Ya Allah..

Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Relevankah Aku Dihatimu?a.ka. RADHA

Best novel ni...tak rugi kalo beli..buat penulis novel ni RNYSA tahniah kerana melahirkan sebuah novel yang amat indah gaya penulisan dan bahasanya..so sesiapa yang belum baca tu..cepat-cepat ler beli..