Selama 5hari 4malam aku kena gi seminar keusahawanan..tengok tajuk seminar aku harap tak membosankan aku. Overall memang best, ada gak part-part yang mem'boring'kan tapi aku ni kan kalo dah boring ada je lah orang yang kena kaco..he3. Faham-faham sendiri ler sape orang tu..aku tak boleh rasa boring sebab aku rasa nak tido je...zzzzzzzzzzzzz. So jalan terbaik ber'sms' ler apalagi.
Bila agaknya aku ni jadi usahawan ya..semangat berkobar-kobar usaha tak jugak, macamana tu? Lu pikir la sendiri bak kata Nabil...apakah aku ni jadi Mat Jenin je..berangan manjang..
Tuesday, December 23, 2008
14 - 18 Disember 2008
Posted by hariznabila at 10:36 AM 2 comments
Friday, December 5, 2008
Sahabat...
"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
Posted by hariznabila at 3:03 PM 0 comments
Friday, November 14, 2008
Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat-Ayat Cinta...
Ni tajuk novel yang akan aku cari selepas ini..tapikan yang satu tu tak boleh beli lah sebab...hehehe..dah ada yang janji nak bagi...siapakah orang itu...takpe aku cari yang satu lagi tu lah..sayang sangat kat orang yang nak bagi buku tu...
Posted by hariznabila at 10:58 AM 1 comments
Apa yang aku mahu sebenarnya...
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang tahu mensyukuri nikmat dan rahmatMu Ya Allah..apa sebenarnya yang aku mahu? Sudah bersediakah aku untuk mati jika Allah menjemputku menemuiNya..terlalu banyak kekurangan dalam diri ini...mampukah aku Ya Allah, menjadi isteri yang solehah buat suamiku, mendidik anak-anakku sebagai anak yang Soleh & Solehah...saudara yang baik buat saudara-saudaraku...teman yang baik buat teman-temanku...
Mampukah aku menghilangkan rasa kufur nikmat dalam diri ini...
Ya Allah..kepadaMu kupanjatkan doa dan syukur atas nikmat yang tak terhitung banyaknya..namun mengapa masih ada rasa kufur nikmat dalam diri ini..apa yang aku mahu sebenarnya? Ya Allah jauhkan aku dari segala sifat-sifat keji Ya Allah..bersihkan lah jiwa ini Ya Allah..aku amat takut dengan siksaMu Ya Allah..buangkan jauh-jauh penyakit hati dalam diri ini Ya Allah..
Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
Posted by hariznabila at 9:19 AM 0 comments
Relevankah Aku Dihatimu?a.ka. RADHA

Best novel ni...tak rugi kalo beli..buat penulis novel ni RNYSA tahniah kerana melahirkan sebuah novel yang amat indah gaya penulisan dan bahasanya..so sesiapa yang belum baca tu..cepat-cepat ler beli..
Posted by hariznabila at 8:57 AM 0 comments
Thursday, November 13, 2008
Tahniah Muazzim...
Tahniah Ajim..dapat 5A dalam UPSR 2008..
Posted by hariznabila at 4:01 PM 0 comments
Wednesday, October 29, 2008
Tanggal 22 Oktober 2008 bersamaan 22 Shawwal 1429
Ketika itu aku sedang menunggu waktu untuk berbuka puasa aku menerima panggilan dari husband memberitahu yang ibunya telah kembali kerahmatullah..innalillahi..1 tahun 1 bulan dari tarikh ibuku pergi buat selama-lamanya..Ya Allah tempatkanlah mereka ke dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai Ya Allah...
Posted by hariznabila at 4:00 PM 0 comments
Thursday, October 16, 2008
Jamuan Hari Raya
Ofis buat jamuan hari raya hari ni...petang plak aku ada jemputan kat Bangsar..hmm rasa cam full sangat...
Posted by hariznabila at 3:15 PM 0 comments
Tuesday, October 14, 2008
KepadaMu Kekasih
KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini
Posted by hariznabila at 3:59 PM 0 comments
Tensionnya...
Apa harus aku buat...banyak yang kena buat sebenornya tapi aku rasa macam ice..beku sebeku-bekunya..tak leh nak fikir, kenapa boleh jadi camni..Ya Allah bantulah hambaMu ini...apa harus aku buat bila sesuatu yang aku kena buat tapi aku tak nak buat..jiwa kacau betul ler aku ni..sian aku kat orang yang pilih aku pegang jawatan ni, kenapa aku? Tapi aku kena buktikan gak yang aku mampu buat sesuatu demi menjaga hati mereka yang memilihku..sian kat aku..aku terima tanpa rela..namun aku tak berdaya untuk mengatakan 'tidak' atau 'tak mau'..aku akan gagahkan diri ini menghadapi segala-galanya..tak perlu aku buktikan pada mereka yang aku mampu lakukan tanggungjawab tu..cukuplah bagi ku jika ada di antara mereka yang sanggup membantuku ..itu saja..
Posted by hariznabila at 8:27 AM 0 comments
Monday, October 13, 2008
Tanggal 4 Oktober 2007 bersamaan 22 Ramadan 1428...
Al Fatihah..
Perginya ibu tercinta meninggalkan kami buat selama-lamanya..4 Oktober 2007 bersamaan 22 Ramadan 1428, pukul 1.30 tghari aku terima panggilan dari abang mengatakan ibu ku tenat kat umah kakak di Ipoh..hati aku dah berdebar-debar dah masa tu..Ya Allah tabahkan aku menghadapi semua ini...
Kesihatan ibu memang tak stabil sejak akhir-akhir ini..seminggu sebelum puasa, hari Sabtu aku dan anak-anak balik kampung bila adik bagi tau yang ibu muntah-muntah dan demam. Pantang aku bila dengar ibu tak sihat..mesti aku nak balik jenguk dia..keadaan ibu memang lemah masa tu tapi sedaya upaya dia tak tunjuk kat anak-anak yang dia tak sihat..masa aku sampai kat kampung, kakak yang sulong dan adik bongsu ada menjaga ibu..aku sedih sangat tengok keadaan ibu masa tu..dalam tak berdaya dia masih nak tunjuk yang dirinya sihat..sebak dada aku masa tu..lewat petang kakak dari Ipoh sampai dengan husband dia..aku ingatkan dia nak bermalam kat kampung masa tu tapi dia nak balik gak umah dia..alasannya aku ada untuk jaga mak...sedihnya masa tu..Memandangkan keadaan ibu yang semakin uzur kami adik-beradik memang tak bagi ibu duduk sorang-sorang kat umah dia..tapi ibu susah nak duduk rumah anak-anak dia..Malam tu ibu tanya aku bila balik KL..aku kata esok sebab Isnin aku keje. Ibu mintak aku hantar dia kat umah kakak di Ipoh sebelum aku balik KL..aku ikut je permintaan dia..pagi-pagi ibu dah siap nak ke Ipoh..selama ini ibu tak pernah mintak hantarkan dia ke umah akak..aku nampak ibu mengesat air mata dia sewaktu dalam perjalanan ke Ipoh..aku tau dia sedih sebab tinggalkan umah dia....disebabkan tak sihat dia mintak aku singgah kat klinik kat Tg. Tualang, katanya dia serasi dengan klinik tu, tapi malangnya klinik tu tutup..ibu tak banyak cakap masa tu sebab sakit kan..aku pulak dok fikir yang bukan-bukan je masa tu..dalam perjalanan tu kakak aku telefon, dia kata bukan tak nak bawak mak masa dia balik hari tu..mungkin dia terasa hati kot yang aku nak anta mak ke umah dia..aku tau kenapa mak pilih rumah dia sebab dia satu-satunya anak perempuan emak yang tak bekerja walaupun hakikatnya ibu lebih suka duduk dengan adik bongsu aku...Aku tinggalkan emak dengan kakak dengan rasa berat hati..sedih jangan cakap ler sebab aku dah fikir yang bukan-bukan dah. Ajal maut ditangan Tuhan tak siapa mampu menolaknya..akhirnya pada 22 Ramadan 1427 ibuku telah pergi buat selama-lamanya tanpa aku di sisinya..aku menerima berita pemergiannya sewaktu aku di Hentian Tapah, airmata berlinangan tanpa hentinya sepanjang jalan menuju rumah kakak...moga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu dan juga ayahku..amin..
Dan aku terkilan sangat-sangat sebab hajat ibu nak balik rumah dia tak kesampaian..aku yang bawa ibu kesana (umah kakak) tapi aku tak sempat bawa dia balik ke umah dia..untuk kali terakhir. Aku hanya merancang tapi ketentuan itu di tangan Tuhan..
Posted by hariznabila at 11:23 AM 1 comments
Buat seseorang bernama Yaya...
Bersyukur kepada Allah kerana menemukan aku dengan seseorang yang bernam Yaya...apakah balasan yang mampu aku beri padamu...bila ingat kembali perkenalan kita rasa cam tak lama je hubungan ni sebab kenal kat internet je kan..tapi syukur Alhamdulillah ianya masih kekal sehingga kini..budi baik mu hanya Allah yang mampu membalasnya..terimakasih kerana ambil berat pasal diri ini..terasa diri ini disayangi..insyaAllah akan ku jaga kesihatan diri ini demi mengingatkan diri Yaya yang bagi macam-macam supaya diri ini sihat wal'afiat..hanya Yaya yang tau apa yang Yaya dah buat untuk diri ini...syukur sangat-sangat dipertemukan seorang insan bernama YAYA..may Allah bless you..thanks coz selalu pinjamkan telinga tuk dengar luahan hati ini...
Posted by hariznabila at 11:02 AM 1 comments
11 Oktober 2008...happy sangat-sangat!!!!!
happy sangat-sangat sebab berjumpa balik dengan housemate masa form 6..raya sakan hari tu, dari rumah Nona ke rumah Ja pastu kerumah Salwa...semuanya tak dirancang..
10 Oktober..dah lama tak berborak dengan Ja, so akupun contact dia, tanya khabar dia..aku ingat janji aku dengan dia masa bulan Jun lepas yang aku akan datang kerumah dia...tapi tak terlaksana atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..janji tetap janji dan aku akan tunaikan janji tu..
Beraya di rumah Nona dulu..seorang sahabat yang amat aku kagumi..selama aku kenal dengannya, tak pernah marah, selalu gelak bila aku usik dia..sungguh aku senang berkawan dengan dia..siap dia bagi map umah dia kat aku tapi aku lak terlupa nak printkan map tu..sepanjang jalan nak ke umah dia aku kena keep on calling her..sian dia. At last aku jumpa gak umah dia..mak ai jauhnya..sebut tempat macam dekat je..he3. Apapun happy sangat2 sebab akupun dah lama tak jumpa dengan dia..selalu gak berhubung 'thru' email je..almaklum ler busy sokmo...habis beraya kat umah Nona aku bergerak ke Kapar, Klang rumah Ja..housemate masa form 6 merangkap teman sekampung..ni lagi ler jauh, namun demi teman yang dah lama tak jumpa aku gagahkan jua ke sana..pukul 5.00 dari Puchong kat Maghrib aku baru jumpa umah dia..berapa banyak u-turn aku buat..adeh...nasib baik husband cool je..Ja masih macam yang aku kenal dulu, maintain je. Aku yang berubah..saiz badan je..hehehe. Lepas Magrib kami bergerak ke Puncak Alam, rumah Salwa..ni pun housemate masa form 6, juga satu kampung..rindunya dengan korang semua...rasa tak puas nak sembang dalam satu malam..banyak benda nak disembangkan, apakan daya hari dah larut malam..perjalanan nak balik ke Cheras umah aku agak jauh gak..so pukul 11.00 malam aku minta diri untuk beredar..sedih plak time ni. Yang pasti akan ada pertemuan selepas ini..tuk Nona jangan lupa janji nak belanja..lesen kereta dah dapat dah..hehehe..buat Ja rajin-rajin ler contact aku..dan buat Salwa tabah menghadapi dugaan hidup...banyakkan bersabar..sedih atas kehilangan orang yang kita sayang amat memeritkan namun jangan diikutkan sangat perasaan tu...
Posted by hariznabila at 10:35 AM 0 comments