Al Fatihah..
Perginya ibu tercinta meninggalkan kami buat selama-lamanya..4 Oktober 2007 bersamaan 22 Ramadan 1428, pukul 1.30 tghari aku terima panggilan dari abang mengatakan ibu ku tenat kat umah kakak di Ipoh..hati aku dah berdebar-debar dah masa tu..Ya Allah tabahkan aku menghadapi semua ini...
Kesihatan ibu memang tak stabil sejak akhir-akhir ini..seminggu sebelum puasa, hari Sabtu aku dan anak-anak balik kampung bila adik bagi tau yang ibu muntah-muntah dan demam. Pantang aku bila dengar ibu tak sihat..mesti aku nak balik jenguk dia..keadaan ibu memang lemah masa tu tapi sedaya upaya dia tak tunjuk kat anak-anak yang dia tak sihat..masa aku sampai kat kampung, kakak yang sulong dan adik bongsu ada menjaga ibu..aku sedih sangat tengok keadaan ibu masa tu..dalam tak berdaya dia masih nak tunjuk yang dirinya sihat..sebak dada aku masa tu..lewat petang kakak dari Ipoh sampai dengan husband dia..aku ingatkan dia nak bermalam kat kampung masa tu tapi dia nak balik gak umah dia..alasannya aku ada untuk jaga mak...sedihnya masa tu..Memandangkan keadaan ibu yang semakin uzur kami adik-beradik memang tak bagi ibu duduk sorang-sorang kat umah dia..tapi ibu susah nak duduk rumah anak-anak dia..Malam tu ibu tanya aku bila balik KL..aku kata esok sebab Isnin aku keje. Ibu mintak aku hantar dia kat umah kakak di Ipoh sebelum aku balik KL..aku ikut je permintaan dia..pagi-pagi ibu dah siap nak ke Ipoh..selama ini ibu tak pernah mintak hantarkan dia ke umah akak..aku nampak ibu mengesat air mata dia sewaktu dalam perjalanan ke Ipoh..aku tau dia sedih sebab tinggalkan umah dia....disebabkan tak sihat dia mintak aku singgah kat klinik kat Tg. Tualang, katanya dia serasi dengan klinik tu, tapi malangnya klinik tu tutup..ibu tak banyak cakap masa tu sebab sakit kan..aku pulak dok fikir yang bukan-bukan je masa tu..dalam perjalanan tu kakak aku telefon, dia kata bukan tak nak bawak mak masa dia balik hari tu..mungkin dia terasa hati kot yang aku nak anta mak ke umah dia..aku tau kenapa mak pilih rumah dia sebab dia satu-satunya anak perempuan emak yang tak bekerja walaupun hakikatnya ibu lebih suka duduk dengan adik bongsu aku...Aku tinggalkan emak dengan kakak dengan rasa berat hati..sedih jangan cakap ler sebab aku dah fikir yang bukan-bukan dah. Ajal maut ditangan Tuhan tak siapa mampu menolaknya..akhirnya pada 22 Ramadan 1427 ibuku telah pergi buat selama-lamanya tanpa aku di sisinya..aku menerima berita pemergiannya sewaktu aku di Hentian Tapah, airmata berlinangan tanpa hentinya sepanjang jalan menuju rumah kakak...moga Allah mencucuri rahmat keatas roh ibu dan juga ayahku..amin..
Dan aku terkilan sangat-sangat sebab hajat ibu nak balik rumah dia tak kesampaian..aku yang bawa ibu kesana (umah kakak) tapi aku tak sempat bawa dia balik ke umah dia..untuk kali terakhir. Aku hanya merancang tapi ketentuan itu di tangan Tuhan..
Monday, October 13, 2008
Tanggal 4 Oktober 2007 bersamaan 22 Ramadan 1428...
Posted by hariznabila at 11:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Alfatihah. Dah setahun lebih dah emak akak meninggal ye.... Macam baru lagi. Teringat lagi masa thn lepas biler akak bagitau yaya. Moga arwah ditempatkan dlm golongan org yg beriman & yaya percaya akak dah berusaha utk menjadi anak yg baik utk arwah.
Post a Comment